Keutaman Kitab Hilyatul Auliya oleh al-Imam Abu Nu’aim al-Ashfahani rahimahullah

Menyediakan berbagai kitab agama (kitab kuning) untuk para santri dan santriah di Pondok Pesantren 
bagi yang berminat hubungi : 081347137133


 


Kitab Hilyatul Auliya' wa Thabaqatul Asyfiya’, ini ditulis oleh al-Imam Abu Nu’aim al-Ashfahani rahimahullah. Nama lengkap beliau adalah Ahmad B. 'Abdullah B. Ahmad al-Ashfahani. Beliau lahir pada tahun 336H, dan wafat pada tahun 430H.
Beliau adalah seorang ulama memliki keutamaan yang begitu besar dan kemampuan ilmu yang hebat. Ibnu Mardawaih rahimahullah mengatakan:
"Abu Nu'aim adalah orang yang didatangi ramai orang pada zamannya. Di seluruh penjuru dunia ini tidak ada orang yang lebih baik sanad dan hafalannya berbanding beliau. Para huffaz (penghafal Hadis) dunia berkumpul di sisi beliau. Sehingga setiap hari menjadi giliran salah seorang di antara mereka untuk membaca apa yang diinginkan sampai masuk waktu Dzuhur. Lalu ketika beliau (Abu Nu'aim) pulang ke rumahnya, adakalanya ada orang yang membaca satu juzuk bahagian di hadapannya selama dalam perjalanan dan beliau sama sekali tidak mengeluh. Beliau selalu sibuk dengan menulis atau menyampaikan Hadis."
Imam adz-Dzahabi rahimahullah mengatakan: "Beliau adalah Imam al-Hafiz (penghafal Hadis), ats-Tsiqah (terpercaya), sangat alim, Syaikhul Islam."
Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah  mengatakan: "Aku tidak melihat orang yang layak menyandang gelaran al-Hafiz (pada zaman tersebut) selain dua orang: Abu Nu'aim al-Ashfahani dan Abu Hazim al-A'raj."
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah  pernah ditanya tentang orang yang berhajat mendengar kitab-kitab Hadis dan Tafsir dibacakan. Tetapi ketika kitab Hilyatul Auliya’ dibacakan kepadanya, orang tersebut tidak mahu mendengarkannya, maka Ibnu Taimiyah rahimahullah pun menjawab, "Abu Nu'aim adalah salah seorang penghafal hadis terkemuka, penulis buku yang banyak dan terbilang, dan karya tulisnya banyak dimanfaatkan orang. Beliau lebih besar daripada sekadar digelar tsiqah (terpercaya). Kerana kualiti kemampuannya lebih tinggi daripada gelar tersebut, dan kitabnya (Hilyatul Auliya') adalah salah sebuah buku terbaik yang mengungkap kisah-kisah orang-orang zuhud. Walaupun demikian, di dalamnya terkandung sebahagian darinya hadis-hadis dan kisah-kisah yang batil." (Majmu' Al-Fatawa, I8/17)
Ibnu Nashiruddin ad-Dimasqi rahimahullah  mengatakan: "Ketika kitab Hilyatul Auliya' selesai disusun, mereka membawanya ke Naisabur dan terjual dengan harga 400 Dinar.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

sejarah singkat PROF.DR.KH.AHMAD SYARWANI ZUHRI